Pengikut

Ahad, 25 November 2012

travel list 2013

Mac 2013
hatyai
krabi
sebab dekat aku blm buat apa2 preparation

May - jun 2013
seoul - jeju island- busan- seoul- sokcho
Walaupun dah pegi south korea 2010, tapi aku sgt teruja nak pegi lagi tahun depan. 2010 aku pegi guna travel agent, next year, i'allah aku pegi bckpacking. ( sekarang aku dah mula belajar travel backpacking, tak mau lagi guna travel agent ). Aku dah siapkan initietari dan bajet. Dah mula survey guesthouse. Tinggal lagi nak keluarkan ongkos je
Sangat teruja....

November @ Disember 2013
Hong Kong
Tempat yang paling aku nak pegi madame tausadds (harap2 tak salah spelling). Masa gi London june lalu, aku tak sempat ke sini, sedangkan inilah tempat yang aku impikan nak pegi dari dulu

kl-jb-singapore part 2

USS......



Pukul 6.45 aku dah gerak dari hotel. Jalan 10 minit je nak ke CIQ. Masih awal pagi jadi belum ramai lagi kat CIQ, proses pemeriksaan kastam amat mudah.Selesai je,  kami terus ke aras bawah cari bas transtar untuk terus ke uss. Tiket RM5 dan perlu bayar diatas bas.  Bas bergerak jam 8 pagi, 15 minit  bas bergerak dan tiba di  pemeriksaan kastam Woodlands. Orang-orang kat sini berjalan kemain laju lagi, mungkin masing-masing takut  tertinggal bas. Proses kat sini agak lama, sbbnya kami kena isi dulu borang putih, orang pundah semakin ramai. Selesai je terus ke tempat bas, malangnya bas yang kami naiki tadi baru je jalan. Malang lagi sekali sebab kami tunggu tempat yang salah, akibatnya aku dgn adik tengok je bas tu berlalu. Tunggu lagi sejam, akhirnya jam 9.45 baru kami dapat naik bas. Waktu tu jalan dan lengang, perjalanan cuma 45 minit je, 10.30 kami dah tiba kat uss. Wah terujanya.....berlari2 aku naik eskelator tak nyempat nak tengok glob berasap...



teruja tengok glob berasap
akhirnya....dapat jugak jejak kaki kat uss
Transformer ride, i like.....tak rugi beratur sejam, mmg awesome
the mummy , kecut perut aku naik roller coster, mcm nak trcabut jantung

new york street

Sabtu, 24 November 2012

kl-jb-singapore part 1

Hari pertama (13 nov 2012)
Jam 6.00 pagi keretapi tiba kat jb sentral. Penat juga naik ketaapi ni, sbbnya keadaan yang terang dan selalu je dia berenti membuatkan aku tak boleh tido. Nampak gayanya balik ke kl nanti aku aku kena naik bas la. Sampai je kat jb sentral kami solat subuh dan rehat sekejap kat surau jb sentral. Simpan beg di loker yang disediakan, boleh tahan mahal gak. Satu loker rm10, lebih mahal berbanding kl sentral.
muka tak madi pagi. Sampai je jb sentral terus ke jpo
Bersiap ala-ala kadar (takmandi pagi) kami  terus ambik bas ke JPO. Tercapai juga hasrat aku nak ke JPO.  Ronda-ronda je kat sini sambil window shopping. Banyak kedai yang berjenama, tetapi pilihan lagi banya, tapi k di kl dan harga juga sama macam kl. Aku cuma beli purse bonia je. Niat asal nak masuk outlet coach, tapi memandangkan kena beratur, aku batalkan niat. Selebihnya kami bergambar je kat sana memandangkan binaan bangunan-bangunannya cantik.Pukul 12.30 kami dah gerak balik ke jb.

JPO ni mengingatkan balik kembara aku ke Jerman bulan June lalu.  Kami sempat singgah di Factory outlet Metzingan kat Jerman