Pengikut

Rabu, 26 Disember 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME..........

27 Disember 2012

Selamat menyambut ulang tahun yang ke 35 buat diriku. Usia yang bertambah, maksudnya aku masih ada 5 tahun lagi untuk masuk ke 4 series. Moga-moga hajatku tercapai sebelum aku menginjak ke usia 40 an. Perasaanku sangat haru biru sejak beberapa bulan yang lepas. Aku sentiasa berada dalam kemurungan, tertekan, berasa rendah diri dan sentiasa dalam keadaan sedih. Aku selalu terfikir aku manusia yang malang dan tidak bernasib baik. Pernah aku terfikir untuk pergi jauh dari tempat yang aku diami sekarang. Seringkali aku berdoa agar Allah lenyapkan segala persaanku .Aku cuba tidak menzahirkan dari riak wajah namun hanya Allah yang tahu hati dan perasaanku.

Sempena hari lahirku dan sempena tahun baru aku mahu menjadi insan yang lebih positif, berfikiran terbuka, memiliki hati yang tenang, lebih bermotivasi dan yang penting mahu menambahkan amal ibadat. Moga aku diberi kekuatan untuk melaksanakannya.

Semoga 2013 memberi sinar kebahagian pada diriku

Amin....

kl - jb - singapore part 4

16 November 2012

Kami keluar dari hotel lebih kurang 8 pagi, kebetulan ada teksi melintas, terus tahan dan minta hantrakan ke hentian Larkin. Tambang rm10, ok la. Sampai kat sana, ada budak lelaki offer tiket bas ke kl, aku tak fikir panjang terus beli rm35, mahal sikit sbb aku turun kat pudu. Sampai pudu jam 1.30 ptg, jln lagi ke lrt star  plaza rakyat ke masjid jamek , sampai masjid jamek tukar mlrt putra ke seri rampai.

Perjalanan yang penat tpaku sangat beruas hati. Aku dan travel ke banyak negara, tapi perjalanan kali ni amat bermakna buat aku walaupun. Mungkin sebab first time aku travel secara backpacking, segala-galanya aku rancang sendiri dari A ke Z.  Mugkin juga sebab orang-orang johor yang baik (walaupun tidak mesra), dorang tak sesenang hati menaikkan harga makanan atau tambang teksi walaupun kami orang luar. Mereka juga akan bertanya jika nampak kitaorang yang terpinga-pinga masa nak cari bas.

Next time, i'allah aku akan datng lagi ke kota singa




kl - jb - singapore part 3 (ep 2)

Selsai je makan kat restoran zam-zam kami jalan kaki terus ke bugis street. Sangkaan aku bugis street ni tempat orang Melayu meleset, rupa-rupanya 100 % peniaga di bugis street adalah kaum Cina. Wah kat sini memang sangat happening. Segala bagai jenis kedai ada kat sini dengan harga yang agak berpatutan. Ramai pelancong dari Indonesi disini, tak pula aku jumpa orang Malaysia. Kami masuk dari satu kedai ke kedai. Aku cuma beli jam SGD5, sbb aku memang tak berniat nak sopping pun. Fesyen-fesyen kat sini mmg meriah, ala-ala korean fashion. Pengaruh Kpop sangat berleluasa di sini, dari segi fesyen yang dijual dan juga lagu-lagu yang diputarkan. Sepanjang kat bugis street ni yang aku dengar cuma lagu-lagu korea je. Bukan itu je papan2 iklan juga banyak memaparkan kumpulan2 tersohor di korea. Sebab itu lah agaknya ramai artis kpop yang buat persembahan di kota singa ni. Lama juga kami pusing-pusing kat bugis street ni.

depan bazar kat bugis street. Pelancong  dari Batam Indonesia yang  offer nak ambik  gambar kami berdua
bugis street yag happening



Kalau ikut perancangan asal , nak ke merlion park ( nak ambik gamba ngan patung singa) dan ke marina bay. Tapi hajat aku yak kesampaian  sbnya tak jumpa jalan.Silapnya  aku tak tengok peta cuma baca direction dr blog yang aku baca je.Aku confident senang tp bila sampai je kat station mrt 'Rafles Palace' aku mcm loss direction. Dengan bangunan pejabat yang tinggi-tinggi, ramai lak tu org bangsa omputih dan jepun kat sini, aku dah tak tau nak hala ke mana. Ada juga tanya beberapa orang kat sini, tp sampai separuh jalan kami patah balik sbb tak tau nk masuk  jalan mana. Akhirnya kami cuma ambik gambar je depan shopping complexs ( tak tau nama apa ),lepas tu ambik mrt ke Stesen Bugis. Dari Stesen mrt Bugis terus ke bas station Queen Street, ambik bas dan terus balik ke jb. Tiket ambik kat kaunter dengan harga SGD2.40



 Dalam mrt singapore. Tetap senyum walau kaki aku dah berdenyut denyut. Gigih  nak ke merlion park semata-mata nak bergambar dengan patung singa

stesen mrt rafles palace

Hajat tak kesampaian, so bergambar je la kat sini

kl - jb - singapore part 3 (ep 1 )

15 November 2012

Hari ketiga di Jb
Hari ni kami bangun lambat sikit, tak rushing mcm semalam, bersiap-siap dalam keadaan santai je. Lepas breakfast ala kadar kami gerak ke jb sentral. time tu lebih kurang pukul 8.30. Jln ke jb sentral pun santai je, sambil-sambil borak. Disebabkan leka berborak aku silap masuk lorong pejalan kaki, septutnya lorong tu untuk keluar dari emigresen tapi aku  masuk. Disebabkan itulah pegawai emigresen yang berdiri kat situ (dengan muka berlagak), tahan aku , tanya aku ada passport ke tidak. Aku angguk dan tunjukkaa pasport pd pak cik tu dgn senyuman walhal dalam hati aku meyumpah seranah pegawai. Dah tentu aku ada passport kalau tak mana blh aku pegi luar negara kan. Abaikan cerita tersebut...

Kali ni aku ambik bas CW2( kaler kuning ) terus ke Queen street, tambang rm2.50 , bayar kat dalam bas. Perjalanan lebih kurang 50 minit, dah habis waktu puncak, jadi perjalanan pun lancar je. Tapi yang tak bestnya bila sampai je stesen bas Queen Street terus hujan renyari-renyai. Kami tak mau tunggu, soredah jelah. Selepas tanya beberapa orang akhirnya kami jumpa arab street. Kawasan ni dipenuhi dengan masyarakat Melayu Singapura, Di sini juga terletaknya Kampung Glam.  Nama je kampug tapi kawasan ni dipenuhi dengan apartment2, memang sangat berbeza dengan kampun yang ada di Malaysia. Sempat juga aku membeli souvenier di arab street ni, harga pun ok, tidak terlalu mahal bila diukarkan kepada rm. Aku sempat solat jamak di Masjid Sultan. Tercapai juga hasratku untuk bersolat di sini. Masjidnya cukup bersih dan selesa. Habis je solat aku terus ke restoran zam-zam, sebenarnya tidaklah terlalu lapar tapi disebabkan restoran ini popular dikalangan orang malaysia, so aku cuma nak mencuba makan disini. Kami makan martabak ayam untuk 2 orang  dan 2 gelas teh ais, SGD8.50. Ok la kan ( Jangan convert ke rm).

Hasil borongan dalam beg biru. Aku terpaksa beli beg biru ni sbb  nak sumbat segala bagai  yang aku dah beli. Nasib baik harga cuma SGD2 je.
Tercapai hasrat nak solat kat masjid sultan
salah satu lorong di arab street