Pengikut

Rabu, 26 Disember 2012

kl - jb - singapore part 3 (ep 2)

Selsai je makan kat restoran zam-zam kami jalan kaki terus ke bugis street. Sangkaan aku bugis street ni tempat orang Melayu meleset, rupa-rupanya 100 % peniaga di bugis street adalah kaum Cina. Wah kat sini memang sangat happening. Segala bagai jenis kedai ada kat sini dengan harga yang agak berpatutan. Ramai pelancong dari Indonesi disini, tak pula aku jumpa orang Malaysia. Kami masuk dari satu kedai ke kedai. Aku cuma beli jam SGD5, sbb aku memang tak berniat nak sopping pun. Fesyen-fesyen kat sini mmg meriah, ala-ala korean fashion. Pengaruh Kpop sangat berleluasa di sini, dari segi fesyen yang dijual dan juga lagu-lagu yang diputarkan. Sepanjang kat bugis street ni yang aku dengar cuma lagu-lagu korea je. Bukan itu je papan2 iklan juga banyak memaparkan kumpulan2 tersohor di korea. Sebab itu lah agaknya ramai artis kpop yang buat persembahan di kota singa ni. Lama juga kami pusing-pusing kat bugis street ni.

depan bazar kat bugis street. Pelancong  dari Batam Indonesia yang  offer nak ambik  gambar kami berdua
bugis street yag happening



Kalau ikut perancangan asal , nak ke merlion park ( nak ambik gamba ngan patung singa) dan ke marina bay. Tapi hajat aku yak kesampaian  sbnya tak jumpa jalan.Silapnya  aku tak tengok peta cuma baca direction dr blog yang aku baca je.Aku confident senang tp bila sampai je kat station mrt 'Rafles Palace' aku mcm loss direction. Dengan bangunan pejabat yang tinggi-tinggi, ramai lak tu org bangsa omputih dan jepun kat sini, aku dah tak tau nak hala ke mana. Ada juga tanya beberapa orang kat sini, tp sampai separuh jalan kami patah balik sbb tak tau nk masuk  jalan mana. Akhirnya kami cuma ambik gambar je depan shopping complexs ( tak tau nama apa ),lepas tu ambik mrt ke Stesen Bugis. Dari Stesen mrt Bugis terus ke bas station Queen Street, ambik bas dan terus balik ke jb. Tiket ambik kat kaunter dengan harga SGD2.40



 Dalam mrt singapore. Tetap senyum walau kaki aku dah berdenyut denyut. Gigih  nak ke merlion park semata-mata nak bergambar dengan patung singa

stesen mrt rafles palace

Hajat tak kesampaian, so bergambar je la kat sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan