Pengikut

Rabu, 26 Disember 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME..........

27 Disember 2012

Selamat menyambut ulang tahun yang ke 35 buat diriku. Usia yang bertambah, maksudnya aku masih ada 5 tahun lagi untuk masuk ke 4 series. Moga-moga hajatku tercapai sebelum aku menginjak ke usia 40 an. Perasaanku sangat haru biru sejak beberapa bulan yang lepas. Aku sentiasa berada dalam kemurungan, tertekan, berasa rendah diri dan sentiasa dalam keadaan sedih. Aku selalu terfikir aku manusia yang malang dan tidak bernasib baik. Pernah aku terfikir untuk pergi jauh dari tempat yang aku diami sekarang. Seringkali aku berdoa agar Allah lenyapkan segala persaanku .Aku cuba tidak menzahirkan dari riak wajah namun hanya Allah yang tahu hati dan perasaanku.

Sempena hari lahirku dan sempena tahun baru aku mahu menjadi insan yang lebih positif, berfikiran terbuka, memiliki hati yang tenang, lebih bermotivasi dan yang penting mahu menambahkan amal ibadat. Moga aku diberi kekuatan untuk melaksanakannya.

Semoga 2013 memberi sinar kebahagian pada diriku

Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan