Pengikut

Rabu, 26 Disember 2012

kl - jb - singapore part 3 (ep 1 )

15 November 2012

Hari ketiga di Jb
Hari ni kami bangun lambat sikit, tak rushing mcm semalam, bersiap-siap dalam keadaan santai je. Lepas breakfast ala kadar kami gerak ke jb sentral. time tu lebih kurang pukul 8.30. Jln ke jb sentral pun santai je, sambil-sambil borak. Disebabkan leka berborak aku silap masuk lorong pejalan kaki, septutnya lorong tu untuk keluar dari emigresen tapi aku  masuk. Disebabkan itulah pegawai emigresen yang berdiri kat situ (dengan muka berlagak), tahan aku , tanya aku ada passport ke tidak. Aku angguk dan tunjukkaa pasport pd pak cik tu dgn senyuman walhal dalam hati aku meyumpah seranah pegawai. Dah tentu aku ada passport kalau tak mana blh aku pegi luar negara kan. Abaikan cerita tersebut...

Kali ni aku ambik bas CW2( kaler kuning ) terus ke Queen street, tambang rm2.50 , bayar kat dalam bas. Perjalanan lebih kurang 50 minit, dah habis waktu puncak, jadi perjalanan pun lancar je. Tapi yang tak bestnya bila sampai je stesen bas Queen Street terus hujan renyari-renyai. Kami tak mau tunggu, soredah jelah. Selepas tanya beberapa orang akhirnya kami jumpa arab street. Kawasan ni dipenuhi dengan masyarakat Melayu Singapura, Di sini juga terletaknya Kampung Glam.  Nama je kampug tapi kawasan ni dipenuhi dengan apartment2, memang sangat berbeza dengan kampun yang ada di Malaysia. Sempat juga aku membeli souvenier di arab street ni, harga pun ok, tidak terlalu mahal bila diukarkan kepada rm. Aku sempat solat jamak di Masjid Sultan. Tercapai juga hasratku untuk bersolat di sini. Masjidnya cukup bersih dan selesa. Habis je solat aku terus ke restoran zam-zam, sebenarnya tidaklah terlalu lapar tapi disebabkan restoran ini popular dikalangan orang malaysia, so aku cuma nak mencuba makan disini. Kami makan martabak ayam untuk 2 orang  dan 2 gelas teh ais, SGD8.50. Ok la kan ( Jangan convert ke rm).

Hasil borongan dalam beg biru. Aku terpaksa beli beg biru ni sbb  nak sumbat segala bagai  yang aku dah beli. Nasib baik harga cuma SGD2 je.
Tercapai hasrat nak solat kat masjid sultan
salah satu lorong di arab street


Tiada ulasan:

Catat Ulasan